The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir (2) | Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC | Sokongan Padu Diperlukan!

Feb 14, 2026 - FAS

Selangor FC bersedia menghadapi perlawanan Suku Akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC hari ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam ini.

Dalam lima perlawanan terakhir pertemuan dua pasukan ini, skuad Gergasi Merah berjaya memenangi empat perlawanan; Liga Super 2024/2025 (4-0), Suku Akhir pertama Piala FA 2025/26 (4-0), Liga Super 2025/26 (1-0) dan Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2025/26 (1-0). Manakala, The Jangs memenangi satu perlawanan dan secara keseluruhan 18 jaringan terhasil daripada kesemua perlawanan tersebut.

Baca review perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2025/26 di sini.

Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, akui ada ketidakselesaan kecil berlaku tetapi beliau yakin pasukan tahu peranan mereka dan kepentingan perlawanan #SFCNSE ini.

“Perlawanan di laman sendiri hari ini sangat penting. Setiap pemain tahu peranan mereka di atas padang dan saya yakin mereka bersedia untuk berikan yang terbaik dan memanfaatkan kelebihan bermain di rumah kita sendiri. Walaupun ada beberapa ketidakselesaan (kepenatan dan sebagainya)  kecil, pasukan bersedia untuk beraksi dengan sepenuhnya dan berikan saingan yang tinggi untuk perlawanan pada malam ini,” jelas beliau.

“Selain itu, sokongan penyokong Gergasi Merah akan beri perbezaan besar dalam perlawanan ini. Saya harap para penyokong dapat datang dan sokong pasukan sepenuhnya kerana tenaga dan sorakan mereka akan memberi inspirasi kepada pasukan dan bersama-sama kita boleh memberikan persembahan hebat yang membanggakan kelab,” tambahnya lagi.

Dengan pengumuman tiket habis dijual, pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan yang terbaik kepada para penyokong dan kelab bagi memastikan pasukan mara ke pusingan seterusnya.

Demi Kebanggaan!